Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Tasseri Menawarkan Tajaan Giveaway (GA)

Suka saya maklumkan bahawa kami sekarang sedang mencari blogger yang merancang untuk buat Giveaway (GA) untuk ditaja. Kalau berminat boleh hubungi kami di

tasseri_ent@yahoo.com

Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman ini

Tempahan Feb - Mac 2012 dan Tempahan Seterusnya

Alhamdulillah, tempahan Feb - Mac 2012 telah disiapkan sepenuhnya selepas semua pen drive telah dipos semalam (Jumaat) dan hari ini (Sabtu). 

Kepada pelanggan yang masih tak dapat dalam masa lima hari, harap dapat hubungi kami secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya. Hubungi kami melalui email tasseri_ent@yahoo.com atau melalui telefon 0133055976.

Selain itu, di sini kami nak umumkan juga tempahan untuk April telah dibuka dan tarikh tutupnya adalah 21.04.2012 (Sabtu). Jemput buat tempahan yer.

Untuk membuat tempahan, boleh isi borang ni
Custom Pen Drive Order Form

Untuk maklumat lanjut, boleh ke sini
Pen Drive Design Sendiri

Status Tempahan Pen Drive Design Sendiri Feb-Mac 2012

Kepada pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan pen drive design sendiri baru-baru ini,

tempahan dalam proses terakhir di tangan supplier kami. Harap minggu depan dah sampai di tangan kami dan boleh dipos kepada pelanggan. 

Sekian, terima kasih
Tasseri Enterprise

Tempahan Mac 2012 dengan 16GB


Assalamualaikum kepada pelanggan-pelanggan. 

Tempahan pen drive design sendiri. Setelah lama berehat, kini kami buka balik dengan tambahan kapasiti 16GB pada harga hanya RM70! Yup, 16GB. Jangan berlengah lagi.

Tarikh tutupnya? 05 Mac 2012. Bukan 27.02.2012. Tarikh terpaksa ditukar atas sebab teknikal. Bila boleh dapat? Insya Allah dalam separuh kedua bulan Mac 2012. 

Jadi, jom lah tempah!

Untuk maklumat lanjut boleh klik banner di bawah. 


Untuk terus membuat tempahan, boleh terus klik butang di bawah:
javascript button

Nota: (22.02.2012) terima kasih kat komen mama lynn, saya sedar button tu tak berfungsi. Dah dibaiki dah. Boleh klik untuk ke borang tempahan

Tasseri Enterprise Menjemput Blogger Menjadi Pengiklan

Kepada blogger-blogger sekalin. Tasseri Enterprise memerlukan pengiklan untuk tempahan pen drive design sendiri yang akan datang. Dengan ganjaran yang menarik dan syarat yang mesra blogger, kami menjemput para blogger yang berminat untuk menyertainya. Jangan lepaskan peluang ini!

Untuk maklumat lanjut, boleh ke page program pengiklanan tersebut 


atau klik "Peluang" di navigation bar
"Peluang" pada navigation bar

Diskaun Hebat untuk Pen Drive 4GB!

Assalamualaikum wbt.

di sini saya dengan sukacitanya membuat tawaran diskaun kepada pelanggan-pelanggan untuk credit card flash drive 4GB untuk mana-mana design. Hanya  RM59untuk dua unit termasuk Pos Daftar! Anda jimat RM13.50! Isi saja borang yang disediakan di sini dan  nikmati diskaun ini dengan segera


Pen Drives 4GB:

Tempahan November 2011

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, tempahan November 2011 sudah sampai di Shah Alam dan akan sampai ke tangan kami dalam minggu ni juga. Terima kasih atas kesabaran semua.

Tempahan Pen Drive Design Sendiri yang Terakhir

Assalamualaikum wbt.

kami ada berita baik dan berita buruk. Baik bagi tahu berita buruk dulu kan? Berita buruknya ialah kami bercadang untuk tidak meneruskan tempahan pen drive unik di masa akan datang berikutan sukarnya untuk mendapatkan bilangan minimum 100 unit oleh pengilang. 


Berita Baik

Berita baiknya pula ialah kami akan melakukan satu tempahan terakhir sebelum berhenti menerima tempahan ini berikutan ada request dan persetujuan dari pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan untuk bulan November ini. Untuk itu kami akan berusaha untuk mencukupkan bilangan 100 unit dalam masa dua minggu insya Allah. Sesiapa yang ingin membuat tempahan dan bercadang untuk bertangguh di masa akan datang, saya nasihatkan anda berbuat begitu sementara peluang terakhir ini masih ada.

Selain itu, setiap hari saya akan update bilangan tempahan yang ada supaya pelawat laman web dan pelanggan boleh tahu bilangan tempahan semasa. Untuk menghormati penempah-penempah terawal, saya bercadang untuk menutup tempahan pada hari bilangan tempahan mencecah 100 unit. Jadi, seeloknya, tak perlu bertangguh ya.


Pen Drive Design Sendiri Percuma

Selari dengan usaha untuk dapatkan bilangan 100 unit ni, saya juga mengalu-alukan usaha sesiapa yang rasa nak kumpul tempahan dari kawan-kawan dengan menawarkan ganjaran pen drive percuma bergantung kepada bilangan tempahan macam di bawah

2GB design sendiri - 6 unit tempahan
4GB design sendiri - 8 unit tempahan
8GB design sendiri - 11 unit tempahan

Untuk tempahan berganjaran ni kos penghantaran adalah percuma tapi untuk satu alamat saja tau. Jadi, tunggu apa lagi. Kalau rasa-rasa ramai kawan yang nak berpotensi nak beli pen drive boleh promosikan kat diorang sambil dapat pen drive unik percuma :)

Pen Drive 8GB Lebih Murah!



Harga untuk pen drive 8GB kini lebih murah! Berikut adalah harga terbaru:
KLIK SINI untuk membuat pesanan sekarang

Status Tempahan Pen Drive Design Sendiri September 2011

Keapda pelanggan-pelanggan untuk tempahan pen drive design sendiri, di sini kami ingin memohon maaf atas kelwatan dalam menyiapkan tempahan itu. Pengilang hanya dapat memulakan produksi pada 10.10.2011 kerana mereka bercuti selama seminggu sebelum itu. Perkara ini tak sepatutnya berlakku andai kami sudah maklum akan cuti mereka. Jadi, kami akui ini adalah kelemahan daripada pihak kami.

Kebiasaannya proses produksi mengambil masa selama seminggu. Ini bermakna kita boleh jangkakan bahawa pengilang boleh menghantar pen drive-pen drive yang ditempah kepada kami dalam masa terdekat ini. Harap bersabar ya. 

Sesiapa yang ada pertukaran alamat pos, boleh maklumkan kat kami ya. Terima kasih

Khidmat Blogger Diperlukan untuk Promosi November 2011


Yup, seperti sebelum ini, bila tiba masa kami membuka tempahan pen drive design sendiri, khidmat blogger-blogger diperlukan untuk mempromosikannya dengan ganjaran-ganjaran yang menarik:
  • 1x 8GB pen drive design sendiri 
  • 1x 4GB pen drive design sendiri
  • 2x 2GB pen drive design sendiri
  • 4x 1GB pen drive iluvislam.com
  • 2x 8GB metal card pen drive
Apakah yang perlu dibuat? Anda hanya perlu membuat satu entri review/promosi mengenai pen drive design sendiri seperti di bawah:

Promosi di intanurulfateha.com
Promosi di lisaafha.blogspot.com
Promosi di mialiana.com
Promosi di tiefazatie.blogspot.com

Matlamat Review
- mempromosi tempahan pen drive design sendiri

Tempahan Pen Drive Design Sendiri
Mengenai tempahan ini, konsepnya adalah pra-pesanan. Satu tarikh tutup ditentukan dan tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada tarikh tersebut - termasuk pembayaran. Untuk bulan November, kami membuka tempahan pada 31.10.2011 (Isnin) dan telah memilih 14.11.2011 (Isnin) sebagai tarikh tutup. 

Selepas itu, tempahan pen drive dihantar kepada pengilang untuk disiapkan. Biasanya, dalam tempoh tiga minggu, tempahan pen drive boleh sampai kepada pelanggan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan ini, bolehlah ke SINI


Review dan Ganjaran
Terdapat dua jenis review dengan ganjaran yang berlainan:

1) Sticky post selama minima 7 hari
- terbuka kepada 8 blogger pertama yang dijemput/memohon yang mempunyai ranking blog di alexa.com kurang daripada 1,200,000 (===>cara-cara meilhat ranking di alexa.com)
- review adalah teks dari blogger sendiri dan hendaklah diletakkan bermula selewat-lewatnya 07.11.2011 (Isnin) - boleh mula letak pada 31.10.2011 (Khamis)
- banner sebesar sekurang-kurangnya 125 x 125 di blog reviewer selama sebulan bermula selewat-lewatnya 17.11.2011 (Khamis)
- ganjaran:

  • blogger yang menyalurkan visit terbanyak mendapat ganjaran pen drive kredit kad design sendiri 8GB
  • blogger yang menyalurkan visit ke-2 terbanyak mendapat ganjaran pen drive kredit kad design sendiri 4GB
  • blogger yang menyalurkan visit ke-3 dan ke-4 terbanyak mendapat ganjaran pen drive kredit kad design sendiri 2GB
  • 4 blogger lain mendapat pen drive 1GB iluvislam.com  
2) Sticky post selama tiga minggu

- hanya terbuka kepada dua blogger pertama yang dijemput/memohon yang mempunyai ranking blog di alexa.com kurang daripada 1,500,000 (===>cara-cara meilhat ranking di alexa.com)
- review adalah teks dari blogger sendiri dan hendaklah diletakkan bermula PADA 31.10.2011  (Isnin)
- banner sebesar sekurang-kurangnya 125 x 125 di blog reviewer selama sebulan bermula selewat-lewatnya 17.11.2011 (Khamis)
- ganjaran adalah 8GB metal card pen drive untuk setiap blogger


Untuk menyertai program ini sila isi borang di bawah:

Tarikh Tutup Tempahan Dilanjutkan kepada 29.09.2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

di sini ingin dimaklumkan bahawa kemungkinan  tempahan akan dilewatkan beberapa hari akibat kesibukan saya baru-baru ni. Maklumlah, perniagaan sorang-sorang. Tak berapa hari pun, hanya tiga atau empat hari. Jadi kepada sesiapa yang tak berkesempatan membuat tempahan, bolehlah berbuat demikian selewat-lewatnya Khamis ini 29.092.2011 sebelum jam 9pagi (waktu terakhir membuat bayaran)

Kepada pelanggan-pelanggan yang sudah membuat tempahan, harap maaf atas kelewatan ini. Bagaimana pun, kami akan berusaha untuk memenuhi tarikh jangkaan pen drive dapat ke tangan pelanggan iaitu 16.10.2011. 

Sekian, terima kasih
Akmal

Tasseri Enterprise Mencari Pengiklan Lagi


Kepada blogger-blogger sekalian, Tasseri Enterprise sekali lagi ingin mencari pengiklan untuk mengumpul tempahan pra-pesanan credit card pen drive design sendiri seperti yang pernah dilakukan sebelum ini


Bermula 12.09.2011 (Isnin) sehingga 25.09.2011 (Ahad), kami akan mengumpul tempahan design sendiri. Dan selepas itu, tempahan akan ditutup dan tempahan akan dihantar kepada pengilang untuk disiapkan. Kali terakhir ini dilakukan ialah pada 28.07.2011.

Tempahan yang telah dihantar insya Allah boleh disiapkan dalam tempoh tiga minggu dari tarikh tutup tempahan.

Untuk membantu kami mengiklankan produk ini, kami memerlukan khidmat blogger-blogger sekalian untuk melakukan promosi di blog-blog.

Contoh entri di AtikaAhmadiah.blogspot.com
Contoh entri di SitiSafiyyah.com
Apa yang perlu dilakukan ialah membuat satu review atau entri iklan di blog anda yang mempromosikan pen drive design sendiri ini selain meletakkan banner kami.

Ganjaran menarik menanti anda! Anda berpeluang untuk mendapat pen drive design sendiri untuk anda sendiri! Lihat maklumat lanjut dalam butiran-butiran pengiklanan di bawah:

Matlamat Review
- mempromosi tempahan pen drive kad kredit design sendiri

Tawaran dan Ganjaran
- hanya ditawarkan kepada 10 blogger pertama yang terpilih (ranking alexa.com kurang daripada 1,200,000 => cara-cara melihat ranking di alexa.com)
- blogger yang menyalurkan visit terbanyak mendapat ganjaran pen drive kredit kad design sendiri 8GB
- blogger yang menyalurkan visit ke-2 terbanyak mendapat ganjaran pen drive kredit kad design sendiri 4GB
- blogger yang menyalurkan visit ke-3 terbanyak mendapat ganjaran pen drive kredit kad design sendiri 2GB
- 7 blogger lain mendapat pen drive 1GB iluvislam.com  
Review
- sticky post minima selama 7 hari bermula antara 12.09.2011 dan 25.09.2011
- banner saiz minima 150 x 150 selama sebulan bermula 01.10.2011
- style: gaya tersendiri
- kandungan: pasal pen drive kad kredit tempahan sendiri :)

Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami melalui email tasseri_ent[at]yahoo.com dan berikan alamat blog anda.

Cepat, jangan lepaskan peluang ini!

Perkhidmatan Pos Ekspress Tidak Lagi Digunakan

Pada 20.08.2011 Tasseri telah melakukan penghantaran menggunakan perkhidmatan Pos Ekspress ke Kluang,Johor. Bagaimana pun, pada 24.08.2011, barang yang dihantar telah dikembalikan dengan dikepilkan nota:

MAAF, DIKEMBALIKAN KERANA TIDAK MEMATUHI PERATURAN PENGEPOSAN POS EKSPRESS(SURAT DAN DOCUMENT SHJ/MELEBIHI HAD BERAT)
PEGURUS POSLAJU KLUANG

Oleh itu, Tasseri telah mengambil keputusan untuk tidak menggunakan perkhidmatan Pos Ekspress lagi untuk urusan penghantaran barangya bermula daripada tarikh ini (27.08.2011). Pilihan yang ada selepas ini adalah Pos Daftar dan Pos Laju sahaja. Untuk perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti pos biasa dan penghantaran bungkusan, diharap untuk menyatakan kepada Tasseri sama ada melalui email atau isikan di ruangan "Additional Infos" pada borang pesanan.

Status Tempahan Pen Drive Design Sendiri

Hari ini tempahan telah dihantarkan kepada pengilang. Ini adalah lewat beberapa hari daripada yang sepatutnya akibat beberapa isu teknikal. Oleh itu tempahan mungkin siap lewat beberapa hari daripada jangkaan awal kami iaitu antara 11.08 dan 15.08. Kemungkinan tempahan boleh sampai ke tangan tuan-tuan dan puan-puan antara 18.08 hinga 21.08. Terima kasih kerana sabar menunggu dan mempercayai kami. Maaf juga atas kelewatan ini..

Sekian,
Akmal

Credit Card Pen Drive Design Sendiri 8GB RM55 sahaja!

Berita baik!

Kami telah membuka tawaran tempahan pen drive design sendiri kepada 8GB juga dengan pada harga RM55 sahaja (bukan RM60)! Jadi, sesiapa yang ingin membuat tempahan anda boleh melakukannya sementara tempahan masih dibuka iaitu sebelum 28.07.2011.

Sesiapa yang ingin menukar tempahan kepada 8GB anda adalah dialu-alukan juga! Hanya untuk mengubah kapasiti kepada 8GB, tidak terbuka kepada yang ingin mengubah tempahan sepenuhnya.

Sekian,
Tasseri Enterprise

p/s: dengan ini poll mengenai tempahannya telah ditutup

Peluang Menjadi Pengiklan Tasseri Enterprise

Pertama sekali  nak tanya, pernah tak dengar pasal pen drive kad kredit dengan design sendiri? Macam yang ini:


OK, inilah pen drive yang dihasilkan dengan design sendiri. Boleh letakkan gambar anda di atas pen drive kad kredit ni. Pen drive ni, bukan Tasseri Enterprise yang kilangkan, tapi kami ada pengilangya sendiri. Jadi, tempahan pen drive design sendiri ni, kami tak selalu buka. Hanya pada masa-masa tertentu saja. 20.05.2011 adalah kali terakhir kami terima tempahan.

Jadi, sekarang kami sudah buka tempahan yang baru, dan akan ditutup pada 28.07.2011. Untuk mengumpul tempahan tu, kami berhajat menggunakan khidmat-khidmat blogger-blogger sekalian :) Jadi, kami pun membuka beberapa tempat kepada blogger untuk menjadi pengiklan kepada kami, iaitu sebanyak sepuluh blogger saja yang blognya mempunyai ranking alexa.com kurang daripada 1,000,000.

Apa yang perlu dilakukan ialah membuat satu review atau entri iklan di blog anda yang mempromosikan pen drive design sendiri ini selain meletakkan banner kami.

Ganjaran menarik menanti anda. Anda berpeluang untuk mendapat pen drive design sendiri untuk anda sendiri! Lihat maklumat lanjut dalam butiran-butiran pengiklanan di bawah:

Matlamat Review
- mempromosi tempahan pen drive kad kredit design sendiri

Tawaran dan Ganjaran
- hanya ditawarkan kepada 10 blogger pertama yang terpilih (ranking alexa.com kurang daripada 1,000,000)
- blogger yang menyalurkan hit terbanyak mendapat ganjaran pen drive kredit kad design sendiri 4GB
- blogger yang menyalurkan hit ke-2 terbanyak mendapat ganjaran pen drive kredit kad design sendiri 2GB
- 8 blogger lain mendapat pen drive 2GB iluvislam.com.

Review
- sticky post minima selama 7 hari bermula antara 18.07.2011 dan 28.07.2011
- banner saiz minima 125 x 125 selama sebulan bermula 29.07.2011
- style: gaya tersendiri
- kandungan: pasal pen drive kad kredit tempahan sendiri :)

Sekiranya anda berminat, sila hubungi kami melalui email tasseri_ent[at]yahoo.com dan berikan alamat blog anda.

Cepat, jangan lepaskan peluang ini!

Page Penghantaran: Maklumat Servis yang Digunakan

Page yang baru dibangunkan untuk menyampaikan maklumat mengenai servis penghantaran yang digunakan.

Di situ boleh didapati maklumat ringkas dan maklumat lanjut mengenai servis penghantaran yang digunakan. Semoga ia dapat membantu anda dalam memilih servis mana yang sesuai untuk anda.

Page Feedback

Pertama sekali ingin saya ucapkan bebanyak terima kasih kepada pembeli-pembeli pen drive kami di sini. Kami berharap anda berpuas hati dengan produk dan servis kami.

Cantik juga kalau anda boleh berikan pengalaman anda membeli daripada kami di page Feedback yang kami buatkan. Untuk menjamin kebenaran feedback tersebut, kami menggunakan khidmat komen daripada Facebook supaya mudah dirujuki siapa pengirimnya yang sebenar.


Selain itu, kami juga mengalu-alukan bloggers yang pernah membeli daripada kami untuk membuat review mengenai kami dan kami akan buat backlink kepada anda di page Feedback kami itu. Seperti yang dapat dilihat di page tersebut, setakat ini (03.06.2011) terdapat dua bloggers yang dengan baik hati melakukan review pembelian mereka dari sini. Terima kasih banyak-banyak diucapkan.



Kepada pengunjung-pengunjung baru Kedai Pen Drive Unik, anda bolehlah membuka page Feedback tersebut untuk mengetahui luahan rasa pembeli-pembeli di sini dan menilai prestasi kami setakat ini. :)

Selamat melawat-lawat dan selamat membeli!!!

Pengenalan Simbol Promosi dan Harga Baru

Salam sejahtera kepada pengunjung-pengunjung Kedai Pen Drive Unik. baru-baru ini kami ada memperkenalkan beberapa simbol promosi yang melambangkan promosi-promosi pen drive kami. 

Pertama ialah "Top Seller" yang membawa maksud bahawa pendrive yang mempunyai simbol ini adalah yang terlaris di kedai kami. Credit Card Pen Drive BMW M3 adalah pen drive yang mendapat gelaran Top Seller buat masa ini. Kapasiti yang ada ialah 4GB dengan harga RM35 sahaja.

Selain "Top Seller" semuanya adalah promosi harga iaitu "Student Price", "Best Value", "New Price" dan "Clearance Price". 

"Student Price" ialah harga pen drive ditujukan khas untuk pelajar-pelajar. Pen Drive yang terlibat adalah Credit Card Pen Drive Motivasi - Langkah 4GB pada harga RM30 sahaja berbanding RM35 untuk pen drive lain yang mempunyai kapasiti storan yang sama.

Ini adalah sebagai khidmat sosial kami kepada pelajar-pelajar dan masyarakat. Kami tidak mempunyai kawalan untuk menentukan sama ada pembelinya adalah pelajar atau tidak, oleh itu, bukan pelajar juga dialu-alukan untuk mendapatkan pen drive ini dengan harga yang lebih rendah. Sekiranya mendapat sambutan, kami akan membanyakkan lagi pilihan dalam kategori "Student Price" dan Motivasi ini. 

Sementara itu, "Best Value" pula melambangkan pen drive yang memberikan lebih kapasiti storan pada harga yang lebih murah berbanding yang lain. Pen drive di dalam promosi ini ialah Metal Card Pen Drive 8GB pada harga RM48.

Rakan-rakannya dengan kapasiti 8GB juga telah diberikan harga baru iaitu RM55 berbanding RM60 sebelum ini. Pen drive yang dimaksudkan ialah Credit Card Pen Drive Lancer Evo 10 8GB dan Credit Card Pen Drive Flower 8GB di bawah promosi "New Price"

Yang terakhir ialah "Clearance Price" yang bertujuan mempercepatkan penghabisan stok untuk pen drive dalam promosi ini. Oleh itu, harganya diturunkan. Pen drive yang terlibat adalah Credit Card Pen Drive iLuvIslam.com 2GB pada harga RM25 sahaja berbanding RM28.