Penghantaran


Kami tidak lagi menggunakan perkhidmatan Pos Ekspress setelah Pos Malaysia sekarang bertegas untuk membenarkannya hanya untuk dokumen sahaja (Pejabat Pos Kluang)



Kami menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk melakukan penghantaran.

Servis-servis yang digunakan adalah :



  • Selamat
  • Harga: RM2.50
  • Ada sistem tracking ===> PosDaftar Track and Trace
  • Memerlukan tandatangan penerima ketika penghantaran
  • Kecepatan adalah seperti pos biasa



    • Cepat
    • Harga: RM3.00 (utk 1unit pen drive), RM3.50 (2 unit), RM4.50 (shg. 6 unit) 
    • Ada sistem tracking ===> Pos Ekspres Track and Trace
    • Kecepatan satu, dua atau tiga hari (bergantung kepada kawasan - Zon A, Zon B, dan Zon C) Lihat gambar-gambar di bawah
    Zon A (Serahan Hari bekerja Keesokannya)
    Zon B (Serahan Dua Hari Bekerja)
    Zon B (Sambungan)
    Zon C (Serahan Tiga Hari Bekerja Berikut)





      • Cepat dan selamat
      • Harga: dari RM4.50 tidak termasuk caj-caj tambahan oleh Pos Malaysia (GST 6%, Surcharge 10% dan Handling charge 10%)
      • Ada sistem tracking ===> PosLaju Track and Trace
      • Memerlukan tandatangan penerima ketika penghantaran
      • Kecepatan dari satu hari ke atas
      • Kos pembungkusan dibiaya oleh pembeli



      ULASAN

      Murah dan Cepat
      PosEkspres adalah yang murah dan cepat. Barang anda boleh tiba dalam masa satu hari saja, jika anda tinggal di Zon A (bandar-bandar utama negeri dan kebanyakan kawasan di Selangor) dan dua hari untuk Zon B (bandar-bandar lain setiap negeri, Kota Kinabalu dan Kuching).  Penduduk dalam kawasan kategori Zon C (13 kawasan di Sabah dan Sarawak) pula boleh menerima barang dalam tempoh tiga hari sahaja.  Di kawasan pedalaman dan kawasan lain di Sabah, mungkin barang tidak sampai atau servis pos biasa digunakan (tiada maklumat diterima mengenainya).

      Dalam hal keselamatan pula, PosEkspres tidak mengamalkan sistem tandatangan. Ini bermakna masalah mungkin timbul sekiranya anda tinggal di kawasan yang biasa berlaku kecurian surat dan barang-barang pos. Ini bermakna sekiranya barang anda dibiarkan di dalam peti surat yang berada di luar rumah mungkin ada pihak ketiga yang panjang tangan ingin mengambil barang tersebut jika dapat dikenalpasti dengan mudah bahawa terdapat barang berharga di dalamnya. 

      Oleh itu, pastikan peti surat atau alamat anda selamat daripada risiko ini. Peti surat yang berkunci dan tidak terlalu kecil pastinya membantu. Jika anda tinggal di kawasan yang suratnya dihantar kepada pengawal atau pusat penghantaran pos terlebih dahulu (seperti di sekolah, universiti, pejabat-pejabat kerajaan dan swasta) ini juga boleh memastikan barang anda selamat tiba ke tangan anda. Cara lain yang selamat ialah dengan memastikan anda atau wakil ada di alamat serahan untuk mengambil barang sebaik saja tiba. Hari serahan boleh dijangka dengan mengenalpasti kawasan tempat tinggal anda berada dalam zon yang mana. 


      PosLaju
      Sementara itu PosLaju pula adalah servis yang paling cepat dan selamat. Servis ini menggunakan sistem tandatangan, bemakna penerima secara fizikal memastikan bahawa barang telah diterima dengan selamat. Servis ini adalah saranan kami kepada pembeli yang ragu-ragu dengan keselamatan di tempat tinggalnya. Untuk tempahan yang banyak, servis inilah yang akan digunakan. Servis parcel boleh juga digunakan atas permintaan. Untuk PosLaju, kos pembungkusan antara RM1 sehingga RM6 akan dikenakan.

      PosDaftar
      Yang terakhir, iaitu PosDaftar adalah servis yang murah dan selamat. Sistem tandatangan seperti dalam PosLaju ada digunakan. Masa penghantaran adalah seperti dalam pos biasa yang dikenakan caj RM0.80. Sekiranya anda sudah yakin dengan kami dan tidak perlukan barang sampai dengan cepat dan ingin menjimatkan kos penghantaran, inilah pilihan anda, murah dan selamat.

      Secara peribadinya saya menyarankan pembeli baru menggunakan PosLaju atau PosEkspres disebabkan servisnya yang cepat. Ini boleh membantu mengurangkan penyeksaan menanti ketibaan barang. ("Penantian Suatu Penyeksaan"). Bagaimana pun, pilihan adalah di tangan anda.