Perkhidmatan Pos Ekspress Tidak Lagi Digunakan

Pada 20.08.2011 Tasseri telah melakukan penghantaran menggunakan perkhidmatan Pos Ekspress ke Kluang,Johor. Bagaimana pun, pada 24.08.2011, barang yang dihantar telah dikembalikan dengan dikepilkan nota:

MAAF, DIKEMBALIKAN KERANA TIDAK MEMATUHI PERATURAN PENGEPOSAN POS EKSPRESS(SURAT DAN DOCUMENT SHJ/MELEBIHI HAD BERAT)
PEGURUS POSLAJU KLUANG

Oleh itu, Tasseri telah mengambil keputusan untuk tidak menggunakan perkhidmatan Pos Ekspress lagi untuk urusan penghantaran barangya bermula daripada tarikh ini (27.08.2011). Pilihan yang ada selepas ini adalah Pos Daftar dan Pos Laju sahaja. Untuk perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti pos biasa dan penghantaran bungkusan, diharap untuk menyatakan kepada Tasseri sama ada melalui email atau isikan di ruangan "Additional Infos" pada borang pesanan.

No comments:

Post a Comment