Khidmat Blogger Diperlukan untuk Promosi November 2011


Yup, seperti sebelum ini, bila tiba masa kami membuka tempahan pen drive design sendiri, khidmat blogger-blogger diperlukan untuk mempromosikannya dengan ganjaran-ganjaran yang menarik:
  • 1x 8GB pen drive design sendiri 
  • 1x 4GB pen drive design sendiri
  • 2x 2GB pen drive design sendiri
  • 4x 1GB pen drive iluvislam.com
  • 2x 8GB metal card pen drive
Apakah yang perlu dibuat? Anda hanya perlu membuat satu entri review/promosi mengenai pen drive design sendiri seperti di bawah:

Promosi di intanurulfateha.com
Promosi di lisaafha.blogspot.com
Promosi di mialiana.com
Promosi di tiefazatie.blogspot.com

Matlamat Review
- mempromosi tempahan pen drive design sendiri

Tempahan Pen Drive Design Sendiri
Mengenai tempahan ini, konsepnya adalah pra-pesanan. Satu tarikh tutup ditentukan dan tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada tarikh tersebut - termasuk pembayaran. Untuk bulan November, kami membuka tempahan pada 31.10.2011 (Isnin) dan telah memilih 14.11.2011 (Isnin) sebagai tarikh tutup. 

Selepas itu, tempahan pen drive dihantar kepada pengilang untuk disiapkan. Biasanya, dalam tempoh tiga minggu, tempahan pen drive boleh sampai kepada pelanggan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai tempahan ini, bolehlah ke SINI


Review dan Ganjaran
Terdapat dua jenis review dengan ganjaran yang berlainan:

1) Sticky post selama minima 7 hari
- terbuka kepada 8 blogger pertama yang dijemput/memohon yang mempunyai ranking blog di alexa.com kurang daripada 1,200,000 (===>cara-cara meilhat ranking di alexa.com)
- review adalah teks dari blogger sendiri dan hendaklah diletakkan bermula selewat-lewatnya 07.11.2011 (Isnin) - boleh mula letak pada 31.10.2011 (Khamis)
- banner sebesar sekurang-kurangnya 125 x 125 di blog reviewer selama sebulan bermula selewat-lewatnya 17.11.2011 (Khamis)
- ganjaran:

  • blogger yang menyalurkan visit terbanyak mendapat ganjaran pen drive kredit kad design sendiri 8GB
  • blogger yang menyalurkan visit ke-2 terbanyak mendapat ganjaran pen drive kredit kad design sendiri 4GB
  • blogger yang menyalurkan visit ke-3 dan ke-4 terbanyak mendapat ganjaran pen drive kredit kad design sendiri 2GB
  • 4 blogger lain mendapat pen drive 1GB iluvislam.com  
2) Sticky post selama tiga minggu

- hanya terbuka kepada dua blogger pertama yang dijemput/memohon yang mempunyai ranking blog di alexa.com kurang daripada 1,500,000 (===>cara-cara meilhat ranking di alexa.com)
- review adalah teks dari blogger sendiri dan hendaklah diletakkan bermula PADA 31.10.2011  (Isnin)
- banner sebesar sekurang-kurangnya 125 x 125 di blog reviewer selama sebulan bermula selewat-lewatnya 17.11.2011 (Khamis)
- ganjaran adalah 8GB metal card pen drive untuk setiap blogger


Untuk menyertai program ini sila isi borang di bawah:

2 comments: